Pastinya ramai yang merindui tokoh PAS arwah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat sikap dan peribadinya sentiasa disenangi oleh para penyokong mahupun lawannya.

Timbalan Menteri Agama Datuk, Ahmad Marzuk Shaary berkata, apabila dia dijemput bagi merasmikan Tafsir Tok Guru, dia sendiri berasa kerdil kerana terasa aura Nik Aziz itu sendiri yang masih kuat.

“Tafsir Tok Guru” itu dihasilkan daripada transkripsi kuliahnya setiap Jumaat di Kota Bharu yang semasa hayatnya sentiasa mengundang ribuan manusia.

“Semasa muda dahulu, saya sendiri selalu mengikuti kuliah-kuliah beliau.

“Apabila saya membaca buku tafsir ini, boleh terbayang perkataan dan lenggok bahasa yang keluar daripada mulut almarhum Tuan Guru.

“Teringat dahulu ketika di sekolah, kami datang ke kuliah beliau dengan menaiki motosikal,” kata Ahmad Marzuk.

Setakat ini, katanya, sudah ada sembilan buah buku yang merangkumi 19 surah.

Siri seterusnya sedang dalam proses tetapi agak sukar memandangkan sebahagian rakaman–yang kebanyakannya dalam bentuk kaset–sudah hilang, katanya.

Katanya, untuk memahamim pemikiran Nik Aziz, setiap rakyat Malaysia harus memiliki surang-kurangnya buku pertama yang mempunyai tafsir surah Al-Fatihan yang menjadi mata rantai buah fikirnya.

Tamat